Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Showing posts with label Wedding Review. Show all posts
Showing posts with label Wedding Review. Show all posts

Friday, October 5, 2012

Wedding Review 5: Pelamin, Meja Makan dan Bilik Pengantin Majlis Resepsi

Assalamualaikum & Hai! I terpanggil nak buat entry ni since ada respons dari seorang B2B dari Jitra yang bertanyakan tentang pakej yang i sewa dari Butik Ella Miamor Bridal, Alor Setar semasa majlis resepsi di rumah i, Fajar Istana Cinta. So, hari ni I nak review pakej yang i ambil kt Ella Miamor Bridal ye iaitu Pelamin, Meja Makan untuk Makan Beradab dan Bilik Pengantin. Mekap untuk majlis resepsi ni pun diambil dari butik ni. 

1. Pelamin 

Sepertimana yang i citer dalam entry sebelum ni, tema majlis resepsi i ialah turqoise dan pink. Boleh refer entry wedding outfits i kat sini : All Wedding Outfits untuk baca tentang wedding outfits i semasa majlis resepsi yang berwarna turqoise pink tu. (juga disewa dari butik ini) 


Bagi pelamin, i pilih pelamin jenis modern style dan ada chandelier kat tengah. Full of colourful flowers. Baru lah meriah gitu! Pelamin ini dipasang kat area hall rumah i. Kat situ je luas pun. Boleh la ramai org masuk tengok majlis bersanding. Butik ni datang pasang pelamin 2 days before majlis berlangsung. I kan kahwin bulan Disember 2011, so masa bulan tu memang banyak sangat majlis kahwin. Nasib baik butik ni bagi servis yang terbaik punya. So that, i pun tak la kelam kelibut. Hehe :) 

2.  Set Meja Makan 

Ini pulak set meja makan untuk makan beradab. Set meja panjang yang bersaiz 20' x 5' (saiz ni i main agak2 je) yang dirias dengan scallop berwarna pink dan biru turqoise. Kerusi yang disediakan ialah 2 kerusi pengantin dan 6 kerusi untuk tetamu rombongan lelaki. At first, Mama Gee & Pak Bihi macam risau gak sebab set meja makan ni nampak kecil & sempit. tapi, everything went well. ok2 je. ngam-ngam gitu! 

 Pandangan hadapan 

Pandangan sisi 

ohh ye, scallop putih yang kat atas siling tu tak termasuk dalam pakej set meja makan ini ye. yang itu i sewa dari tuan khemah kenduri. hee :) 

3.  Bilik Pengantin 

Set bilik pengantin yang i pilih pun dirias dengan colourful flowers dan ada chandelier di tengah. Ada small pillows yang diletak di tengah bahagian katil. 

Nampaknya adik i, Nini dah bergaya sakan atas katil pengantin ni.. hurm 

ok, kasi can pengantin lak nak posing. 

4.  Mekap

I jugak ambil pakej make-up artist (MUA) di butik ini. Hasilnya tidak mengecewakan. Maklumla, muka i bermasalah resdung skit. so, bila MUA ni dapat merias wajah i, i mcm amazing la jugek. hehee 


So far, i amat puas hati dengan servis yang diberikan oleh Butik Ella Miamor Bridal. Opps, i tak dapat apa-apa komisen pun eyhh untuk promo depa ni. Just nak share dengan other B2B yang sekarang ni tengah survey2 pakej perkahwinan. Suka la citer bab2 majlis kawen ni.. Hehe. 

So, to Hani, akak harap u read this & dapat ideas untuk memeriahkan majlis u tahun depan ye. Setiap B2B inginkan majlis yang perfect kan. Akak doakan semua persiapan majlis u berjalan lancar ok! :) 

Wednesday, September 19, 2012

Wedding Review 4: All Wedding Outfits

Hi dan Assalamualaikum! Hari ni, mood i nak berbelog tinggi. Jom continue buat wedding review. Let's view my wedding outfits yang i guna untuk tiga majlis iaitu akad nikah, majlis resepsi di rumah i dan majlis bertandang ke rumah encik hubby. 

1. Wedding Outfit For Akad Nikah 

Bagi majlis akad nikah, i dan encik hubby pilih rona cream. Kain pasang rona cream kitorang beli kat Jakel. Then, baju akad nikah ni diupah di Butik D'Kasih, Alor Setar.  Untuk tudung, i pilih konsep arabian. Ada purdah tutup hidung & mulut. Eceh. Bajet santun di situ. Tudung pulak i upah Nazry Bridal. 


Ni la tudung arabian i. Ada 4 pcs. 1 pcs anak tudung yang dijahit dengan manik, 1 pcs selendang, 1 pcs purdah dan 1 pcs veil. 


Baju kurung moden cekak musang dan kain duyung style. Saiz S la i rasa baju ni. Since baju ni i buat sendiri, i bercadang nak sewakan kepada sesape yang berminat. Sesape yang nak sewa boleh runding harga dengan i. boleh emel or pm kat FB k. hehe. 

2. Wedding Outfit For Majlis Resepsi 

Bagi majlis resepsi yang berlangsung di rumah i, i sewa je baju dari Butik Ella Miamor Bridal, Alor Setar. Yang ni memang amik sekali dengan pakej pelamin, bilik tidur dan meja makan. Baju ni i design dan mintak butik buatkan. Ilham dari Hatta Dolmat. Ecewah. Tema warna ialah turqoise dan pink. 


Modern kebaya labuh. Ala-ala dress. Manik pink yang penuh di bahagian dada. Ada belt. Plus ropol-ropol. I jugak mintak butik buatkan veil panjang. kunun-kunun nak merasa macam kate middleton. hikhik. 


Sengaja i biarkan veil panjang itu jatuh ke tanah tanpa dipegang oleh sesape. hehe. 

3. Wedding Outfit For Majlis Bertandang

Bagi majlis bertandang, encik hubby nak kan kitorang pakai baju apple green. Seumur hidup, memang i xsuka color hijau. Sebab i rasa i xsesuai dengan color hijau. Tapi since ianya permintaan encik hubby, kerana kasih kuturutkan jua. Boleh camtu? 


Modern kebaya pendek warna apple green. Disewa di Butik Kays Collection, Alor Setar. Nice jugak! First tengok, hati i terus terpaut!

Orait. Itu saja la tentang wedding outfits. Tentang baju akad nikah tu, sape berminat nak sewa, boleh contact i thru emel or FB k.. serious nih! :D

Friday, July 13, 2012

Wedding Review 3 : Hantaran

Hi dan Assalamualaikum. Mood update review wedding i sudah mari! Hari ni, let's talk about hantaran. At first, family i dan en.hubby menetapkan jumlah dulang hantaran kitorang ialah 9 (dari pihak en.hubby) berbalas 11 (dari pihak i). Tapi, last-last minute.. dulang hantaran dah jadi 11 (dari pihak en.hubby). Nak tak nak, pihak i kenalah membalas sebanyak 13 dulang hantaran. The more the merrier! ecehh. Tema dulang hantaran i ialah turqoise + pink, sama seperti tema majlis resepsi rumah i manakala tema en.hubby ialah apple green + putih, sama seperti tema majlis resepsi rumah beliau. 

Meriah tak.. turqoise+pink lawan apple green+white
11 Dulang Hantaran dari En. Hubby Kepada I 
1. Sirih Junjung
2. Hantaran Wang Belanja
3. Telekung
4. Cupcakes
5. Kasut
6. Camera 
7. Set Kecantikan Elianto
8. Kek Kahwin
9. Handbeg
10. Tart Blueberry & Manisan Gula
11. Buah-buahan 

Nota : Bekas Hantaran Mas Kahwin dan Cincin Nikah dah diasingkan dan dibawa semasa majlis akad nikah 


Beberapa foto dulang hantaran adalah seperti di bawah ye kawan-kawan.
Gubahan Telekung 
Cupcakes Comel 
Set Kecantikan Elianto 
Camera & Moq Cheque Plague Wang Belanja 
Tart Blueberry 
Manisan Gula 
Handbeg
My Favourite Heels
Kek 
Buah-buahan


13 Dulang Hantaran dari I Kepada En. Hubby
1. Sirih Junjung
2. Jam Tangan
3. Kasut
4. Kemeja
5. Set Perfume
6. Cupcakes
7. Chocolates
8. Sejadah
9. Set Wallet & Belt
10. I-Phone
11. Kek Kahwin
12. Manisan Gula
13. Buah-buahan

Hantaran-hantaran ni digubah oleh i sendiri. Hehe syok sekejap. Bangga owhh dapat buat sendiri. Walaupun ianya kelihatan macam kartun je. Jom tengok foto-foto nye. 

Jam tangan di dalam sangkar..hikhik
Sejadah berbentuk handbeg 
Kemeja en. hubby
Kasut Timberland 
I-Phone 

Set Perfume Adidas
Set Wallet & Belt 
Chocolates
Cupcakes
Fondant Cake
Manisan Gula
Buah-buahan 
Okla darlings! Tu je la review hantaran. Kalau u ols tengok, banyak dengan makanan kan? Biasala, orang utara nih memang meriah dengan makanan. Hope u ols enjoy the pictures k... Apa-apa tinggalkan komen. tata! 

p/s: i sedang mencari idea buat hantaran untuk majlis pertunangan adik i, Mr.Fukurie nanti. Sebab tu leh kuar entry ni. Hehe rasa-rasanya kebanyakan bekas-bekas hantaran nih buleh Mr.Fukurie guna semula. Jimat di situ! 

Sunday, July 8, 2012

Wedding Review 2 : Bride's Reception

Hai semua! i rasa terpanggil pulak untuk continue my wedding review. Al-maklumlah, baru buat satu siri je wedding review hari tu. Ahaks.. dah 7 bulan kahwin, plus perut pun dah memboyot, baru nak review lagi kan kan kan? jangan marah arh.

So, this is a simple review of my reception. ianya pada 22.12.2011 di fajar istana cinta, alor setar. kenduri rumah i nih memang dibuat sehari selepas akad nikah. itu kemahuan pak bihi & mama gee. coz, kitorang berpendapat biar letih sekali harung je. hikhik. dan hari kenduri tersebut diadakan pada hari khamis. i nak ucapkan terima kasih byk2 kepada semua yg sudi dtg ke hari bahagia i ni. maaf kalau ada yang kurang ye. maklumlah, ni kenduri pertama bagi family i. so, mesti ada cacat celanya kan kan kan? 

Flow majlis resepsi i nih simple saje. Majlis marhaban start pukul 10.00 pagi. Then, about 11am, orang dah mula datang. Dah boleh mula makan kenduri dah masa ni. Pastu, pukul 1.30 camtu, rombongan pengantin lelaki sampai. Alhamdulilah, rombongan en.hubby ni on-time. sentiasa menepati masa! lepas tu, ada majlis persandingan dan upacara merenjis. Family kedua-dua belah pihak dipersilakan merenjis sebagai tanda merestui pengantin. Selesai saje majlis persandingan, acara makan beradab pula menyusul. Frankly speaking, masa nih, i ngan en.hubby memang lapar. tapi makan cover2 la. kan namanya pun pengantin. Sejurus selepas makan beradab, kitorang adakan upacara memotong kek perkahwinan. Then, kek dan cupcakes tersebut diedarkan kepada tetamu-tetamu yang hadir, especially kanak-kanak la. Selepas tu, sesi melayan dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Masa nih la sesi fotografi pun bermula. Pukul 5.00 petang camtu, i dan en.hubby pun bergerak ke lokasi outdoor untuk sesi fotografi outdoor. Kitorang ke Tanjung Chali, Alor Setar dan Restoran Spring Leaf. Semua lokasi ni diatur oleh official photographer. Kitorang ikut jer. Kenduri tamat jam 6.30 petang. Tapi ada gak tetamu yang datang malam, sebab tak dapat datang waktu siang. I terharu sangat sebab my boss sanggup datang malam tau, even i tau, beliau ke kl pada hari tersebut sebab ada urusan kerja. Tengok-tengok, pukul 9.00 malam camtu, beliau sampai ke rumah i. Thanks ya encik boss. Sekarang, tiba masanya untuk melayan gambar-gambar. Jom. 


Selamat Datang ke Majlis Perkahwinan Syeeda-Hasni
Menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki 
My beloved daddy a.k.a Pak Bihi merenjis i & en.hubby 
My Family

Sesi Makan Beradab bersama family encik hubby

Memotong kek.. nyam-nyam tengok kek nih
Tetamu yang hadir.. terima kasih semua!! 

Tetamu kehormat, YB Menteri Besar Kedah 

sesi fotografi ngan orang kuat majlis

Sunday, January 8, 2012

Wedding Review 1 : Majlis Akad Nikah

Assalamualaikum Wbt semua! Lamanya saya tak corat-coret kat sini. Rasa kekok pulak bila nak menulis nih. Maklumlah dah berkurun tak posting apa2. Hehe. Maaf banyak2. Dua minggu lepas sememangnya minggu paling sibuk dalam hidup saya. Alhamdulilah semuanya berakhir dengan sempurna. Dan...Encik Tunang saya dengan rasminya bergelar Encik Hubby! Wah, dah dua minggu saya jadi isteri orang. Sememangnya ia merupakan satu pengalaman baru yang sangat mengujakan. ohh ya, maaf sekali lagi kepada geng B2B sebab tak banyak yang dapat diupdate tentang B2B preparations. But don't worry darlings, Insyaallah saya akan update cerita-cerita perkahwinan saya dalam slot review ok. Hope nanti you ols dapat baca :) Well, malam ni kita start review tentang majlis akad nikah dulu. 

Tarikh keramat 21 Disember 2011 (Rabu) merupakan tarikh di mana saya telah diijabkabulkan dengan insan tersayang, Hasni Basri. Majlis bermula selepas Solat Asar di Madrasah Kg. Aman berhampiran kediaman saya. Alhamdulilah, dengan 2 kali lafaz, saya sah menjadi isteri En. Hubby saya.  Perasaan sebelum diijabkabul tu? Gementar.. Sebak.. Sedih.. semua ada. Saya taktau camne nak ckp perasaan tu. Hanya orang yang alaminya saja yang tahu. Sejurus selepas  tok kadi mengesahkan yang kami bergelar pasangan suami isteri, dengan serta merta semua perasaan gementar tadi hilang. Rasa gembira dan lega yang amat sangat pulak yang muncul.  Lega sebab pelbagai halangan dan rintangan sebelum berlangsungnya majlis berjaya diatasi. 

My Encik Hubby 
Saya ditemani keluarga. Sayang mereka selamanya. 
Momen yang paling saya suka sekali ialah saat En. Hubby menyarungkan cincin ke jari manis saya, membuka purdah hijab saya lantas mencium dahi. Hehe. agak dramatik kat situ kononnya. hehe.

Menyarungkan cincin sebagai tanda membatalkan air sembahyang 
Momen ni sangat sweet. Saya suka! hee.


Mr. & Mrs. Hasni
Darlings.. picca-picca dalam post nih saya ambil ehsan daripada ahli keluarga dan kawan-kawan yang tag gambar kt FB.. hehe most of the pictures ada kat Official Photographer. Ok, just nak review sikit tentang busana akad nikah saya. Busana saya simple saja iaitu baju kurung moden berwarna cream (walaupun baju nih agak kontroversi pada mulanya akibat kelalaian tailor.. ahh malas citer benda lepas ). Tudung akad nikah  pulak saya upah kat satu butik pengantin ni .. Nazz Anggun (ok.. yang ni bukan tailor kontroversi tu ok.. Abg Nazz sangat ok dan terbaik).  Make up saya jugak dirias oleh Nazz Anggun. Tema yang saya pilih ialah Arabian. Jap.. nak tunjuk gambar yang saya curi dari FB my OP ;p 

Suka gambaq nih!! hehe. 
Saya sangat berterima kasih kat Abg Nazz sebab tudung & mekap yang dibuat beliau tu berjaya "save"kan busana saya yang tak seberapa. So, sekadar promo. Sapa-sapa yang nak kawen bulan Jan-Mac ni cepat2 pi Nazz Anggun dekat dengan Masjid Aman, Jln Kuala Kedah ni k. Sbb Abg Nazz kata dia buat promosi gila-gila punya. Boleh call dia Nazz : 012-4228410. 

Ok, dear. Itu je dulu review untuk Majlis Akad Nikah saya k. Nanti kite citer pasal lain pulak eyhh.. k la. Nak tido dah. Good Night & Babai!! 

Tabung Baby. Please Click :)